Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 15 November 2025

Kehadiran mu amat beerti

 



13 Nov 2025/Khamis

Alhamdulillah.
Program Rumah Amal Raudhatul Jannah / Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah bermunajat pada minggu ini amat bermakna pabila turut disertai bekas anak-anak jagaan kami Dari tahun 2015 hinggalah tahun 2024.

Kembali berkumpul,kembali mendirikan solat berjemaah bersama,kembali membacakan Yaasin khusus untuk arwah-arwah keluarga dermawan kami Dan diakhiri dengan makan malam bersama-sama.

Terima kasih semua anak-anak.

Moga segala kebaikan Dan rahmat dikurniakan kepada kalian semua
Moga sebaik ganjaran pahala disampaikan kepada Allahyarham Dan Allahyarhamah Dan segala Hajat diangkat serta dimakbulkan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...