Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 8 Jun 2025

QURBAN 1446H/2025

 



7 Jun 2025/Sabtu
Alhamdulillah.
3 ekor lembu telah ditumbangkan di Rumah Amal Raudhatul Jannah pada Aidiladha kali ini.
Penyertaan daripada para dermawan sekelian serta dari anak-anak kami.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada peserta Qurban kali ini. Terima kasih juga kepada anak-anak bekas jagaan kami yang berkampung seawal pagi bagi membantu urusan.Terima kasih juga buat seluruh warga kerja dan penghuni serta jiran tetangga. Tidak ketinggalan kepada Encik Gagak Kayangan yang saban tahun tidak mengecewakan dalam membekal lembu Qurban.
Moga segala amalan kita semua diberkati Allah.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...