Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 13 Jun 2023

Demi masa depan mu

 12/6/2023 (Isnin)

Malam ini bermulalah kelas tambahan untuk anak-anak sekolah rendah dan anak-anak kelas Pendidikan Khas. Anak-anak sekolah Menengah telah mulai kelas pada 6 Jun yang lalu.
Demi masa depan anak-anak yang lebih gemilang dan cemerlang.Insha Allah kami akan usahakan yang terbaik.Sumbangan para dermawan sekelian digunakan sebaiknya.
Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...