Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 15 Mac 2023

Kerinduan

 


Ramadhan 1444H/2023 akan tiba tidak berapa lama lagi.Sudah menjadi kelaziman kita semua untuk ziarah pusara ahli keluarga yang telah pergi menemui pencipta yang abadi.
Tidak dinafikan,anak-anak jagaan kami juga berkeinginan untuk ziarah pusara ayah/ibu atau ahli keluarga mereka.
Seperti kelaziman,saban tahun kami akan peruntukkan beberapa hari untuk membawa anak-anak ziarah pusara ahli keluarga mereka.
Bermula 13 Mac 2023,anak dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Olak Lempit bagi membersihkan kawasan persekitaran pusara ahli keluarga kakitangan kami dan pada 14 Mac 2023,anak-anak dibawa ke Bandar Saujana Putra,Puchong dan beberapa kawasan tanah perkuburan.
Alhamdulillah,anak-anak ini sendiri membacakan Yaasin dan Tahlil untuk arwah.
Moga sebaik ganjaran sampai kepada arwah,Insha ALLAH.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...