Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 18 Jun 2022

Nasi Lemak Daun Pisang

 

Berbaris dahulu sebelum memasuki premis

Setelah sekian lama anak-anak tidak "outing" berikutan wabak yang melanda dan jadual kami yang agak padat beberapa bulan kebelakangan ini,hari ini  berkesempatan membawa anak-anak serta kakitangan bersarapan pagi di luar premis kami.

Seawal jam 7.30 pagi ketiga-tiga buah kenderaan kami telah tiba di Ayun Station,Taman Seri,Telok Datok. Warung yang menyediakan pelbagai menu sarapan pagi yang diantara menu utamanya adalah Nasi Lemak Daun Pisang.

Rambang mata untuk memilih pelbagai jenis lauk yang dihidangkan


Ketibaan kami disambut oleh Encik Khairul Azhar Misnan selaku pemilik warung. Setinggi penghargan terima kasih diucapkan kepada beliau serta warga kerjanya di atas layanan yang baik.

Bacaan doa sebelum makan diketuai oleh anakanda Ahmad Danial Haziq


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...