Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 15 Mac 2021

Lawatan YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat

 

Tanggal 14 Mac 2021 merupakan tarikh yang bersejarah dan amat bermakna kepada kami warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun sudi melawat seterusnya menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM2000.00 kepada kami untuk pengurusan dan pentadbiran.

YB Menteri juga diiringi bersama Tuan Mohd Nasri Mohd Nordin,General Manager Ronald McDonald House Charities,Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta beberapa pegawai.

Dalam lawatan hampir 1 jam ini, YB Menteri diberi penerangan oleh Pengurus Besar Rumah Amal Raudhatul Jannah mengenai bilangan penghuni serta operasi RARJ. YB Menteri juga menyantuni anak-anak yang berada di dalam pusat ini serta menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM20.00 setiap seorang.




Mewakili warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri di atas kesudian melapangkan masa menyantuni kami di sini.Sesungguhnya kehadiran YB Menteri memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada anak-anak di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...