Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 14 Ogos 2019

Hari Raya Aidil Adha 1440H/2019




Program melibatkan 24
orang penghuni serta 15 orang kakitangan Rumah Amal raudhatul Jannah dan
dibantu oleh barisan ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul
Jannah disamping masyarakat setempat. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan
melibatkan 5 peserta korban.

Program bermula jam 7.30
pagi dimana peserta-peserta ibadah korban telah diberi taklimat daripada
Pengerusi Pelaksana Ibadah Korban ( Haji Zawalajam Bin Haji Mashod ) seterusnya
proses akad telah diadakan diantara peserta dengan penyembelih.

Tepat jam 8.00 pagi lembu
pertama telah disembelih oleh Ustaz Isfarizal dan tepat jam 8.45 pagi kedua-dua
lembu telah selamat disembelih.

Sepanjang majlis
penyembelihan,penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah bersama-sama bertakbir dan
bertahmid.

Majlis turut dihadiri
oleh Ketua Kampung Olak Lempit, Encik Zainal bin Warsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...