Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Ahad, 4 November 2018
UniSel 2018 (4/11/2018)
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ).
Alhamdulillah,4 November 2018 merupakan satu tarikh yang amat bermakna kepada kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Terima kasih diucapkan kepada 11 orang penuntut UniSel yang telah berjaya mengadakan program bersama anak-anak di sini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat,Puan Maimunah Binti Mustafa di atas kesudian hadir dan turut menyampaikan hadiah kepada anak-anak kami di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ππ¨ππ¨ πππ π§π¨π π£ππ‘π πππ¦ππ π₯ππ₯π. πππ₯π π‘π πππ πππͺπ π‘ππ π π₯ππ₯π ππ π£π¨π‘πππ π
11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan