Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 31 Julai 2016

Tawaran istimewa

Setiap insan dilahirkan berbeza-beza. Ada yang cukup segalanya dan ada yang masih memerlukan kita untuk mencukupkannya. Begitu juga dengan anak -anak kami, mereka memerlukan perhatian dan sumbangan tuan/puan bagi meneruskan kehidupan dimasa akan datang. 33 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim,mualaf,fakir dan miskin ini juga ingin berjaya sebagaimana anak-anak yang lain. Tanpa sokongan dan sumbangan sudah tentu mereka tidak akan dapat capai impian dan cita-cita. Bantulah kami untuk merealisasikan impian mereka. Hulurkanlah sumbangan tuan/puan. Walaupun kecil dimata tuan/puan,namun besar maknanya bagi anak-anak ini. Sumbangan tunai/cek/pindahan wang ke akaunPERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , MAYBANK 5646 8710 8450

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...